Info Semasa

Sesi persekolahan akan bermula esok. Semua murid perlu mengambil tidakan sewajarnya untuk menjaga kesihatan dengan memakai topeng muka dan minum air secukupnya.

Tuesday 20 October 2015

Perkongsian Info

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Blog ini dihasilkan bertujuan untuk berkongsi info bersama para pembaca blog tentang Sekolah Kebangsaan Taman Seri Mawar. Sekolah kami terletak di bandar Seremban, Negeri Sembilan. Pasukan Caklempong merupakan kebitaraan sekolah kami. Pasukan ini telah membawa nama sekolah hingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
       Selain itu, kami juga bergiat aktif dalam bidang sukan seperti hoki, kriket, bola sepak, bola baling dan pelbagai sukan lain. Pencapaian akademik kami juga boleh dibanggakan di mana kami mencapai GPS 2 dan ke bawah.
       Harapan kami agar blog ini akan menjadi penghubung kepada anggota masyarakat di luar sana terutamanya ibu bapa juga pembaca blog. Medium ini akan kami gunakan sebaik mungkin sebagai penyebar maklumat juga perkongsian ilmu....insyallah.

Wassalam......