Info Semasa

Sesi persekolahan akan bermula esok. Semua murid perlu mengambil tidakan sewajarnya untuk menjaga kesihatan dengan memakai topeng muka dan minum air secukupnya.

Pentadbiran




MISI
  
“Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Bekualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”


VISI
  
“ Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera ”



PIAGAM PELANGGAN

Sebagai memenuhi keperluan pelanggan, warga kerja Sekolah Kebangsaan Taman Seri Mawar menggariskan piagam yang berbunyi:
Kami warga Sekolah Kebangsaan Taman Seri Mawar, dengan penuh tekad dan iltizam memenuhi setulus amanah dan berjanji akan memberi kepuasan kepada murid, guru dan staf,  ibubapa serta stakeholder berdasarkan piagam pelanggan seperti berikut:

(a)       Murid:
  • Akan sentiasa berada di dalam kelas mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  • Akan sentiasa mematuhi peraturan sekolah dan mempunyai disiplin yang tinggi.
  • Akan menumpukan pada usaha untuk meningkat dan mencapai prestasi pelajaran yang cemerlang.

(b)       Guru dan Staf  Sokongan
  • Memastikan prestasi murid sentiasa memuaskan dan memenuhi target.
  • Akan sentiasa memeriksa dan menyemak kerja-kerja murid.
  • Mengemaskini segala fail-fail Panitia, menyediakan segala laporan, minit mesyuarat dan sebagainya dengan lengkap dan baik pada masa yang ditetapkan.
  • Menghadiri kursus yang diarahkan.
  • Mengambil tindakan segera ke atas disiplin murid dan guru yang melanggar peraturan sekolah.
  • Sentiasa memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap, mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan.

(c)       Ibu bapa
      i-          Akan sentiasa memastikan anak-anak tidak ponteng sekolah

      ii-         Akan sentiasa memantau pelajaran anak-anak di sekolah.

      iii-        Akan sentiasa memenuhi keperluan belajar anak-anak dengan
                   sempurna.

      iv-        Permohonan untuk anak bertukar sekolah akan diselesaikan dalam masa 2 hari.

      v-         Setiap cadangan / usul yang baik dan munasabah akan pertimbangkan oleh pihak sekolah.


(d)       Stakeholder

  • Membantu pihak sekolah melaksanakan program-program yang dirancang.
  • Membantu pihak sekolah menangani masalah yang melibatkan ibu-bapa atau penjaga.
  • Memastikan semua arahan JPN/ KPM melalui surat makluman dan pekeliling diambil tindakan segera.

BILANGAN MURID SKTSM 2015

MELAYU (L)
MELAYU (P)
CINA (L)
CINA (P)
INDIA (L)
INDIA (P)
LAIN2 (L)
LAIN2 (P)
JUMLAH (L)
JUMLAH (P)
248
197
2
0
41
24
10
6
300
229
JUMLAH BESAR : 529



DATA TERKINI GURU DAN STAFF SKTSM 2015

GURU LELAKI
GURU PEREMPUAN
STAF LELAKI
STAF PEREMPUAN
10
40
2
5


LELAKI
PEREMPUAN
JUMLAH
12
45
57

No comments:

Post a Comment