Info Semasa

Sesi persekolahan akan bermula esok. Semua murid perlu mengambil tidakan sewajarnya untuk menjaga kesihatan dengan memakai topeng muka dan minum air secukupnya.

Sejarah

SEJARAH 

Sekolah Kebangsaan Taman Seri Mawar telah dibuka 
pada 1 Disember 1993. Pembukaan sekolah ini pada awalnya adalah bertujuan menampung peningkatan pelajar di sekitar kawasan Senawang berikutan pembukaan taman – taman perumahan baru di sekitarnya. Antara taman – taman tersebut adalah Taman Tuanku Jaafar, Taman Seremban Jaya dan Taman Tuanku Najihah.
Sebelum mempunyai bangunan sendiri, Sekolah Kebangsaan Taman Seri Mawar pada awalnya beroperasi secara menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Senawang sehingga 26 Jun 1994. Pada tanggal 27 Jun 11994 dengan rasminya Sekolah Kebangsaan Taman Seri Mawar berpindah ke tapak sekarang iaitu di Taman Seri Mawar. Dengan mempunyai bangunan dan kemudahan sendiri maka pengurusan serta proses pengajaran dan pembelajaran adalah lebih teratur.
Tanggal 26 Mac 1994, Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) telah ditubuhkan dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Shamsul Bahari. Bermula dari sini maka Sekolah Kebangsaan Taman Seri Mawar telah mengorak langkah lebih jauh dengan perasmian Makmal komputernya iaitu mawar.com pada 24 Mac 2005 oleh YAB Dato’ Seri Utama Tan Sri Haji Isa B. Samad, Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu.
Seperti sekolah – sekolah lain, Sekolah Kebangsaan Taman Seri Mawar juga di lengkapi dengan makmal sains, bengkel Kemahiran Hidup, surau, bilik rawatan pergigian dan kesihatan dan Bilik Pemulihan Khas yang lebih dikenali dengan Kelas Maju. Di samping itu juga sekolah ini mempunyai Kelas Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran ( 2001 ) dan mulai 2005 sekolah ini juga telah mempunyai 2 buah Kelas Prasekolah bagi kemudahan penduduk setempat.
Sekolah Kebangsaan Taman Seri Mawar juga telah menumpangkan 2 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar ( 1998 – 2001 ) dan Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya ( Jan 2004 – Julai 2004 ). Dengan pembinaan kedua – dua buah sekolah itu, maka jumlah murid bagi sekolah ini telah semakin berkurangan.

No comments:

Post a Comment