Info Semasa

Sesi persekolahan akan bermula esok. Semua murid perlu mengambil tidakan sewajarnya untuk menjaga kesihatan dengan memakai topeng muka dan minum air secukupnya.

Lencana

LAGU SEKOLAH

INDAH DAN PERMAI SEKOLAH KAMI
KEKAL SUBUR SEPANJANG MASA
IMPIAN PASTI MENJADI KENYATAAN
ITULAH HARAPAN SEMUA
CURAHKAN BAKTI DEMI PUTRA DAN PUTERI
AKAN KAMI BALAS JASA
SRI MAWAR DIBERI NAMA
SETIA BERGANDING PADA NUSA
GURU MENDIDIK KAMI SEMUA
KEKAL SUBUR SEPANJANG MASA
SEMAIKAN BAKTI USAHA BERSAMA
BERGANDING BAHU TINGKATKAN USAHA
AKAN TERCAPAI HASRAT SUCI MULIA
KE ARAH WAWASAN NEGARA



MAKSUD SIMBOL PADA LENCANA SEKOLAH / LOGO SEKOLAH


4 BULATAN
Bermaksud 4 kaum iaitu Melayu, Cina, India dan lain – lain kaum. Juga mewakili 4 rumah sukan iait Merah, Biru, Kuning dan Hijau.

BUNGA MAWAR
Keindahan, Kemurnian dan Kecantikan Jasmani dan Rohani.

BUKU TERBUKA
Membaca merupakan sumber utama untuk menambah ilmu pengetahuan ke arah menjayakan diri dan kemajuan negara.

GERIGI PECAH 14
Melambangkan 14 negeri dalam Malaysia.

No comments:

Post a Comment